Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Blogroll

Blogger templates

Category

Sponsor

Category

Category

Friday 18 November 2011

Rupa

Rupa boleh didefinisikan sebagai hasil pertemuan diantara dua titik iaitu titikpermulaan dengan panjang titik dalam satu garisan dan menghasilkan satu kawasan atau permukaan yang rata atau tidak timbul yang mempunyai dua dimensi. Ianya tidak mempunyai jisim dan isipadu.


Rupa terbahagi kepada dua iaitu :

1)Rupa organik rupa yang tidak mempunyai tepi yang bersudut dan tidakberbentuk geometri. Rupanya bebas dan tidak bersudut (rupa manusia,binatang,buah-buahan dll)

2)Rupa geometri rupa yang direka secara sengaja,mempunyai tepi yangmelengkung dan bersudut.Meliputi rupa bulatan,segi tiga,segi empat,dan lain-lain bentuk.Ianya direka menggunakan alat geometri.


Rupa geometri

Rupa organik


Rupa boleh dikategorikan kepada dua iaitu :

1)Rupa positif: Latar belakangnya berwarna cerah ataupun putih.

2)Rupa negatif : Latar belakangnya berwarna gelap ataupun hitam.


Rupa positif : Rupa benda menjadi unsur utama

Rupa negatif : Rupa ruang sekeliling menjadi unsur utama


Rupa boleh diubah-ubah dengan tiga cara iaitu :

1) Rupa asal ditambah dengan rupa lain di bahagian sisi rupa asal.
2) Rupa asal dipotong sedikit ataupun dinamakan luakan
3) Memindahkan rupa asal dengan rupa yang lain


Rupa mempunyai hubung kait dengan bidang seni grafik iaitu pencipataan muka taip dan lambang.Muka taip bermaksud jenis-jenis rupa bentuk huruf manakala lambang bermaksud bentuk objek yang diolah menjadi rupa yang ringkas. Rupa yang disusun secara berulang kali akan menghasilkan corak.Aktiviti mencorak dimana rupa disusun dan dijadikan motif.Contohnya susunan batu-bata,susunanturun separa,susunan turun sesuku,susunan selang-seli,susunan

cerminan.


Kajian olahan rupa dalam seni boleh dikembangkan melalui teknik-teknik berikut :

1)Teknik tindanan pelbagai jenis rupa disusun secara bertindih-tindih atau :

gabungan rupa-rupa sama ada organik atau geometri.

2)Teknik pengurangan mengurangkan dibeberapa bahagian rupa,ia :

kelihatan cacat dan tidak sempurna.

3)Teknik penambahan menambah beberapa rupa kepada rupa yang sedia :

ada

0 comments:

Post a Comment