Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Blogroll

Blogger templates

Category

Sponsor

Category

Category

Monday 21 November 2011

Jalinan



Apa Itu Jalinan

1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.

2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.

3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.


jalinan pada keratan rentas batang pokok


jalinan pada kulit harimau belang


jalinan pada kulit siput

Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi


rekahan pada tanah


jalinan kasar pada permukaan batu


Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia


jalinan pada langit-langit rumah

Jenis-jenis Jalinan

1. Jalinan Sentuh

a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang

b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya


Jalinan Sentuh - kulit kerang


Jalinan Sentuh - tayar motorsikal

Jalinan Tampak

merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.


Jalinan Tampak - kertas dinding


Jalinan Tampak - kulit tembikai

Fungsi Jalinan

1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang


jalinan pada kuda belang

2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut


tapak kasut

3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding


corak
4. Pengaliran air dan udara


jala ikan

Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak
gosokan

Teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.


capan
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.


ikat dan celup 
menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki


pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.

batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya.


lukisan dan catan
menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan.


Kaedah Penghasilan Karya  Berjalinan Sentuh


anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya


tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh


sulaman 
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh


kolaj
merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain

0 comments:

Post a Comment